Yongmeori Coast termasuk dalam itinerari wajib pergi kalau ke Pulau Jeju. Pemandangan batuan enapan larva yang sangat cantik dan berbaloi untuk bergambar. Ada pengalaman yang sangat menarik dan juga menakutkan sepanjang perjalanan kat sini. Wajib pergi untuk merasai pengalan perjalanan berbatu yang sugguh takjub!

Perjalanan kami diteruskan ke Yongmeori Coast yang sangat dekat dengan Mt Sanbangsan. Ia adalah kawasan tebing pantai Yongmeori sebenarnya. Ia adalah salah satu kawasan Geo Heritage Jeju. Masa di Sagyeri tadi, dah terlihat bot besar seakan bot perang. Kalau dah nampak tu, betul lah kawasan tu. Boleh tekan gps, no telefon pada kenderaan anda.

Kami parkir kereta di kawasan parkir yang disediakan dan jalan kaki masuk ke dalam kawasan Yeongmori ini. Itulah Mt Sangbangsan. Ada gua dan kuil Buddha di kaki gunung ini. Mt Sanbang ini adalah gunung yang tertua di Jeju tau. Kawasan ini snagat menarik, terutamanya pada musim bunga.

Ada 2 tempat parkir kawasan sini, kami parkir kawasan bawah. Lagi satu jalan masuk adalah melalui kawasan patung Buddha tersebut.

Hamel Ship Exhibition Center

Rupanya kapal tinggalan yang kami lihat dari kejauhan tadi adalah kapal tinggalan perang. Ia adalah Hamel Ship Exhibition Center. Boleh masuk dalam kapal yang besar ni, bertingkat-tingkat dan dalamnya ada kisah-kisah peninggalan zaman penjelajahan Jeju dahulu. Akak cuma masuk dan tengok dalaman kapal, agak menakutkan kat sini sebab tiada orang dalam tu. Ada banyak patung lilin anak kapal yang menyeramkan, hee. Jangan tersampuk dengan Hamel ni sudah…

Bahagian dalam kapal yang bertingkat-tingkat. Ada tiga tingkat dalam kapal yang sudah diubahsuai seakan muzium. Kami habiskan masa jalan sekitar sini sebelum menunggu masa cliff trail di buka. Ada cafe juga untuk menunggu, kami cuma jalan-jalan kawasan sekitar sahaja sementara itu.

Yongmeori Cliff Trail

Saya bergambar di hadapan pintu masuk ke Yongmeori Cliff Trail di Yongmeori Coast 용머리해안. Kat sini, kita akan  berjalan mengelilingi tebing batu pinggir pantai Yongmeori yang sangat cantik. Batuan hitam yang terbentuk akibat daripada aktiviti larva gunung berapi. Harga masuk ialah 2000 won( lebih kurang RM8) bagi seorang dewasa. Masa dibenarkan masuk juga adalah berdasarkan pada pasang surut laut (shore tide). Masa kami tiba belum lagi buka, hanya pada kira-kira jam 12.30 tengahari barulah kami dibenarkan masuk.

Ada dua pintu masuk, kami masuk ikut jalan bawah. Ada satu jalan lagi kena turun bukit, mujur kami jalan sini. Heee. Mudah iskit kalau ikut pintu ni tau.

Perjalanan berbatu-batu dan agak curam. Ada kawasan basah dan licin yang berbahaya buat mereka yang tidak berhati-hati. Pemandangan sungguh cantik. Banyak sangat tempat nak berhenti ambil gambar kat sini. Contrast antara warna batu- lapisan kuning, batuan hitam dan hamparan laut yang membiru sangat memukau pandangan.

Drive di Jeju, Jeju, travel Jeju, jalan-jalan Jeju, Yongmeori Coast, Yongmeori Trail, Yongmeori Cliff, batu Yongmeori

Seorag yang gigih menahan panahan cahaya matahari dan tiupan angin laut yang sejuk, menunggu orang ramai melintas kawasan ini, barulah tenang nak ambil gambar begini. Ini antara spot menarik ambil gambar. Berhenti sini tau, ambil gambar dulu!

Ada juga kawasan seperti gua, ada kawasan air bertakung ketika surut. Ada ikan jugak dalam ni tau.

Bergambar dengan pelancong dari Malaysia yang kami jumpa semasa di sini. Seronok dapat berbual dalam Bahasa Melayu. Tak sempat pula bertukar nombor telefon kerana masing-masing kalut nak ambil gambar. JIka ada kalangan pembaca blog saya ni, salahs eorang daripada dalam gamabr tu, mohon call lah saya ni ye..

Drive di Jeju, Jeju, travel Jeju, jalan-jalan Jeju, Yongmeori Coast, Yongmeori Trail, Yongmeori Cliff, batu Yongmeori

Yongmeori is Jeju Island’s oldest volcanic formation created by hydrovolcanic activity thousands of years ago, formed long before Mt. Hallasan. Yongmeori is derived from the two words, yong and meori, which means “dragon” and “head”. There are wide rocks stacking up on one another along the seashore cliffs which create a majestic scenery by the sea. Ini adalah yang saya dapat ihsan daripada Google. Masa jalan sini, tak nampak pula mana satu kepala naganya. Heee

Mari habiskan shutter kamera dengan menangkap gambar sesuka hati. Banyak sangat tempat semua ni cantik sangat, rugilah kalau tidak posing dan bergambar kan? Kawasan sini menghadap laut dah. Takut juga duduk penjuru gitu. Tapi, ramai orang bersilih ganti menjadikan spot ini sebagai tempat ambil gambar, kami pun tunggu jugalah peluang nak ambil gambar sekitar sini juga. Cantik jugak kan?

Ahjumma ini menjual hidangan laut fresh. Kami tak berhenti nak cuba, takut nak cuba sotong gedik-gedik. Lagipun perut masih kenyang dek sarapan yang penuh berselera tasi. Ramai juga yang duduk dan makan hasil tangkapan dan hidangan makcik ini. Mesti best sekali makan sambil melihat pemandangan laut yang luas. Kalau korang ada peluang, nak makan tak? heee

Drive di Jeju, Jeju, travel Jeju, jalan-jalan Jeju, Yongmeori Coast, Yongmeori Trail, Yongmeori Cliff, batu Yongmeori

Drive di Jeju, Jeju, travel Jeju, jalan-jalan Jeju, Yongmeori Coast, Yongmeori Trail, Yongmeori Cliff, batu Yongmeori

Perjalanan mengelilingi tebing batuan Yongmeori Coast ni ambil masa dalam satu jam setengah (lama lagi kalau berhenti ambil gambar lama). Perjalanan tamat bila mula naik tangga batuan macam dalam gambar bawah ni. Sangat curam tau. Saya diberitahu ia juga adalah salah satu jalan masuk, mujur tak masuk ikut jalan sini, kalau tidak gayatlah bila nak turun tu curam sangat.

Drive di Jeju, Jeju, travel Jeju, jalan-jalan Jeju, Yongmeori Coast, Yongmeori Trail, Yongmeori Cliff, batu Yongmeori

Saya bawa bekal air panas dan juga sebotol vivix. Tentunya untuk tenaga dan elak sejuk badan. Syukur juga berjaya menamatkan pendakian dan jalan mengelilingi batuan yang agak menakutkan juga. Menarik tapi menakutkan! Ia jadi tempat wajib pergi kalau melawat Jeju. Untuk alamat GPS,kalian boleh taip nombor 794-2940 untuk sampai ke sini. Pastikan tenaga penuh sebelum sampai sini.

Jemput baca juga coretan setiap tempat sepanjang saya di Jeju ni.

Travel Jeju

Makan di Jeju City

Bergambar di Sagyeari