UJIAN 1 –  NAIK TURUN BANGKU
(3 MINIT)
TUJUAN : MENGUKUR DAYA TAHAN KARDIOVASKULAR
PROSEDUR
– Murid memakai kasut sukan yang sesuai
– Murid berdiri tegak dengan kaki kanan atau    
  kiri (ikut keselesaan) di letakkan di atas
  bangku.
– Penguji akan memberi isyarat “mula”
– Murid melakukan pergerakan naik dan
  turun (kaki kiri naik  di ikuti kaki  kanan
  kemudian kaki kiri turun di ikuti kaki kanan)
– Murid melakukan pergerakan mengikut
  rentak rakaman atau metronome – 96
  detik/minit selama 3 minit
– Selepas tamat murid dikehendaki duduk
  serta merta
– Kira kadar nadi selepas 5 saat tamat
  perlakuan – kiraan dilakukan oleh guru atau
  menggunakan Polar Heart Rate Monitor
– Kadar nadi diambil dlm jangkamasa 1 minit
– Jika murid tidak menamatkan lakuan selama
  3 minit, skor murid ini dibatalkan
 
UJIAN 2 –  TEKAN TUBI
(1 MINIT)
TUJUAN : MENGUKUR KEUPAYAAN DAYA TAHAN DAN KEKUATAN OTOT TANGAN SERTA OTOT BAHU
PROSEDUR
– Mula dengan kedudukan sokong hadapan
  dengan berat badan disokong oleh tangan
  yang lurus dan dan jari-jari kaki. Badan
  diluruskan
– Turunkan badan dengan membengkokkan
  siku sehingga dada menyentuh span
– Luruskan tangan seperti dlm kedudukan
  sedia
– Tekan tubi diteruskan sehingga murid tidak
  berupaya meneruskannya
– Ujian akan ditamatkan jika murid tidak
  melakukan aktiviti secara sempurna
  mengikut arahan 1 hingga 3
– Murid B mengira dan merekod bilangan
  lakuan Murid A