Sudah lama dah teringin nak jalan-jalan ke Hatyai dan Songkla. Kalau ikut jarak sangat dekat daripada rumah ni daripada jarak kalau balik KL. Tapi belum kesampaian. Pada hujung minggu lepas, kami merancang trip perjalanan singkat 2 Hari 1 malam khas untuk jalan-jalan cari makan di Hatyai dan Songkla naik kereta sendiri.

Perkara pertama kena ada ialah passport. Oleh sebab 2 passport anak sudah tamat tempoh, kami mohon border pass. Ayahnya lahir dan kami memang tinggal Kedah, maka memang layak lah mohon border pass ini. Syukur ada kemudahan UTC kat semua tempat, lepas habis sekolah lewat petang pun masih boleh buat border pass. Boleh klik sini Cara Buat Border Pass. Sediakan insuran kereta (Insuran Siam namanya) yang boleh didapati daripada agen di Changlun atau akan saya beritahu cara buat insuran kereta nak masuk Siam.

Perjalanan Ke Hatyai Bermula..

Seawal jam 5 pagi, kami bergegas keluar rumah untuk memulakan perjalanan. Jarak rumah kami ke Bukit Kayu Hitam dalam 40 minit perjalanan. Kami singgah solat subuh (sempat jemaah sekali) pada kira-kira jam 6.30 pagi. Usai menunaikan tanggungjawab, kami terus menuju ke peringkat pertama saringan sempadan Malaysia. Kat sini mudah je, tak perlu keluar kereta, hulur sahaja dari dalam kereta passport dan segala dokumen perjalanan yang sudah disiapkan. 

Bila dah selesai ni, kiranya kita dah masuk sempadan Thailand. Lalu pemeriksaan keselamatan dan ada lorong kereta. Serahkan passport dan white card yang sudah siap diisi disini tanpa perlu keluar kereta. Mudah sebab anak-anak tidur. Syukur mudah hendaknya. Pegawai imigresen Thai ada menjenguk kereta melihat muka anak. Ok-Ok katanya. Sambil meminta rm5. Hahahahhah. (sebab ada 5 orang dia minta lima ringgit lah). Inilah duit yang depa selalu kata kena selit kat passport kan? Cheq tak selit, pastu depa mintak. heeeee

Selesai bab tu, kami terus menuju ke checkpoint kedua. Oleh sebab membawa kenderaan masuk, kita perlu menyerahkan surat yang disediakan agen tu. Tulisan siam akak tak pasti, ala entry white card juga, ada details kereta yang kita bawa. Terus menuju ke kaunter satu. Masa ini en suami yang turun sendiri sebab dia drivernya. Dia serahkan dokumen yang agen dah isi (salinan geran kereta dan insuran kereta siam). Ada 2 borang, inbound dan outbound. Yang inbound perlu serahkan pada meraka, outbound mereka akan sahkan dan cop, kemudian kita simpan dan akan serahkan apabila kita keluar nanti. (mesti serahkan masa keluar kalau dak kenda denda, simpanlah elok-elok ya).

 

Dalam setengah jam juga baru selesai oleh sebab beratur agak panjang (biasanya kalau weekend memang panjang,sebab tu kami p pepagi), suami patah balik dan tangkap gambar kereta kiri depan kanan belakang semua. Kereta agak rare depa takda dalam sistem agaknya. Heeee. Dah selesai semua, kami pun ready nak mulakan perjalanan dengan bacaan doa perjalanan oleh imam Faiz. 

Terus melepasi sempadan adalah pekan Dannok. Dalam keadaan masih berkabus, saya turun dan singgah kedai membeli simkad Thailand. 200 Bath dengan data tanpa had. Hentam sahajalah asal dapat menggunakan internet tanpa sempadan kan? Terus sahaja saya on google map dan buka peta menuju ke Zoo Songkla. Ini adalah trip makan bersama anak-anak, maka trip ke Zoo adalah HARUS. heeee

Bersambung….

Ingat SHaklee, ingat Hani.

Nak beli Shaklee? http://bit.ly/WasapHaniSini