Tahun ini ada anak yang baru nak mula berpuasa? Berpuasa buat pertama kali memang ada cabarannya, tak sama dengan anak yang dah beberapa tahun berpuasa. Ada pelbagai ragam anak-anak nak mula belajar puasa ni tau. Biasanya kita mula melatih berpuasa apabila lepas 7 tahun, atau apabila anak dah mula bersekolah. Saya nak kongsi cara yang saya buat untuk tangani ragam anak yang berpuasa kali pertama.

Cara pujuk anak berpuasa

Bagi anak-anak kecil ini, puasa bukanlah wajib bagi mereka. Tapi ia atas keinginan anak sendiri, diorang pun nampak kawan-kawan berpuasa, kakak dan abang juga puasa. Timbul niat diorang sendiri nak cuba puasa. Boleh je kan? Mestilah boleh, kita sebagai ibu bapa kenalah ajar dan bimbing anak yang baru nak mula belajar puasa.

Fahamkan anak-anak kepentingan berpuasa. Selain ia adalah tuntutan agama, ceritakan anak-anak keperluan kita mengingati orang susah yang lain yang tiada makanan. Berikan anak-anak faham tentang konsep berpuasa, iaitu menahan diri daripada lapar dan dahaga dan juga perkara tidak baik yang boleh membatalkan puasa. Sekaligus, anak-anak dapat menghargai makanan. Lepas ni, makanan pasti takkan dibazirkan lagi. Yehuu

Mulakan dengan hari pertama berpuasa, jangan paksa anak berpuasa satu hari, tetapi ikutlah keadaan anak tersebut. Berikan semangat dan jangka waktu yang sesuai dengan umur anak. Biasanya, saya katakan anak boleh makan selepas jam 12 tengahari dan berikan ganjaran sebagai tanda sokongan pada mereka. Pasti anak-anak akan lebih mudah keesokan harinya. Senang je kan?

 

Selain daripada itu, berikan anak sahur yang berkualiti juga adalah penting!

SAHUR

Antara cabaran setiap kali pausa ialah, anak-anak sukar nak dikejutkan untuk bangun makan sahur. Cara saya, sebelum tidur, bacakan niat berpuasa dan minta anak niat untuk bangun bersahur pada jam 4.45 pagi. Saya beritahu sekali waktu bangun bersahur supaya, jam minda anak akan teraktif dengan sendiri. Sahur dengan berkualiti dan penuh nutrisi sangat penting untuk anak-anak berpuasa kali pertama.

Kejut anak untuk bersahur dengan baik, minta anak gosoko gigi dan cuci muka. Makan dengan tertib dan tidak gelojoh supaya makanan dicerna dengan baik. Ingat, kali pertama puasa perut masih tidak serasi dengan makanan yang masuk terlalu awal pagi. Jadi kenalah perlahan-lahan. Tips lagi, masak makanan kegemaran anak anda untuk sahur pagi itu! Biasanya saya akan tanya anak hendak makan apa, pasti saya akan masakkan makanan yang menaikkan selera mereka.

Berikan anak anda permulaan hari yang baik dengan:

  • Pemakanan bertenaga tinggi. Susu dan telur adalah penggalak tenaga yang hebat. Sediakan makanan kegemaran mereka.
  • Segelas Meal Shakes yang lazat serta mengandungi vitamin dan mineral bagi memastikan anak-anak anda kenyang lebih lama.
  • Minuman yang sihat bagi memastikan mereka terhidrasi sepanjang hari dan kurangkan rasa dahaga dengan Performance® dengan rasa oren yang enak.
  • Sertakan buah-buahan dan sayur-sayuran sebagai sumber serat yang penting.

 

Berbuka Puasa

Alhamdulillah,akhirnya tiba waktu berbuka puasa. Pasti anak-anak sudah gembira selepas seharian berpuasa. Berikan kata-kata semangat dan perangsang untuk anak yang telah berjaya berpuasa satu hari. Nikmat berbuka juga adalah satu nikmat yang paling seronok buat orang berpuasa, lebih lagi bagi yang pertama kali.

Pasti anak-anak teruja melihat pelagai juadah berbuka yang menarik perhatian mereka. Sediakan makanan berkhasiat dan seimbang supaya perut mereka tidak terganggu.

Galakkan pemakanan semasa berbuka yang sihat:

  • Kurma dan air – cara mudah untuk berbuka puasa. Jangan gelojoh, galakkan anak minum dan makan secara tertib dan perlahan-lahan.
  • Sup buatan sendiri dan stew kaya dengan mineral dan garam. Sup ringkas dan kurang berminyak, lebih menyelerakan.
  • Segelas Meal Shakes untuk melegakan perut selepas seharian berpuasa dan menghalang anak anda dari terlebih makan. Sedap sekali ni tau! 

Nak dapatkan set mealshake dan berpuasa yang berkhasiat dan menyelerakan ini? hubungi saya, saya akan bantu

http://bit.ly/WasapTanyaHani
http://bit.ly/WasapTanyaHani
http://bit.ly/WasapTanyaHani
http://bit.ly/WasapTanyaHani
http://bit.ly/WasapTanyaHani

Selamat Berpuasa tahun ini!