Hari kedua kami teruskan dengan jalan-jalan sekitar kawasan Seogwipo. Kawasan berdekatan dengan kediaman kami ialah kawasan pantai dan pelabuhan. Seawal jam 7 pagi sudah keluar dari apartmen dan misi memburu sunrise bermula. Kami setkan kawasan pantai berdekatan sahaja. Gps membawa kami ke Sagye-ri Port, hanya dalam 5 minit perjalanan daripada apartmen kami.

Tempat menarik untuk bergambar ialah di Rumah Api di Sagye-ri. Ada pelabuhan yang tenang dan ada submarine berwarna kuning. Jom tengok gambar-gamabr yangterhasil kat sini.

Rumah Api di Sagye-ri Port

Seawal jam 7 pagi kami dah sampai sini, ternyata tiada orang lain semasa kami sampai. Tempat ini kelihatan sangat sunyi cuma ada beberapa nelayan sedang bersiap sedia hendak naik bot. Di sini juga ada submarine, yang saya kira hanya beroperasi pada musim tertentu. (Marado Island Submarine). Bukit belakang itu adalah Mt Sangbangsan.

Tempat ini sangatlah cantik untuk ambil gambar matahari terbit. Angin yang sangat kencang menjadi masalah ketika ini. Ketika hendak pacakkan tripod pun dah bergoyang-goyang, kena jaga kamera dah hati-hati masa ambil gambar tu.

Gambar ini adalah hasil daripada gambar drone. Pengalaman terbangkan drone masa angin kencang juga sangat mendebarkan. Banyaklah berdoa agar drone tidak diterbangkan angin tau. Syukur drone kembali dengan selamat sepanjang pengambilan gambar. Kami menghabiskan masa dalam 2 jam untuk mengambil gambar dan pusing-pusing sekitar pelabuhan ini sahaja.

Bot yang lalu sewaktu kami mengambil gambar. Ada beberapa bot yang saya jangkakan nelayan berlepas dari sini. kelihatan Pulau Marudo yang jauh kelihatan tu.

Kisah penduduk Jeju yang terkenal dengan penyelam wanitanya. Ada banyak kisah tentang penyelam wanita Jeju yang sangat berbakat. Kami ambil peluang bergambar dengan replika kisah mereka kat sini sahaja.

Semua gambar, pemprosesan dan editing adalah hasil seni daripada Naim Solleh, my best travel partner. Boleh follow instagram beliau di https://www.instagram.com/naimsolleh/

Kami akhiri lawatan bergambar kami dengan mengambil satu gambar di tengah jalan yang tiada kereta. Weehuu. Tempat menarik di Yongmeori pula selepas ini. Boleh layari semula itinerari Jeju di Travel Jeju.

Berbaloi ke tidak jalan-jalan di Jeju? Walaupun sejuk, berbaloii sangat..