Hari ketiga kami teruskan dengan misi mencari sunrise (matahari terbit) yang menarik. Target utama ialah di kawasan Seongsan Ilchubong, iaitu salah satu tempat Geo Heritage di Jeju. Rupanya sungguh banyak spot menarik untuk gambar pemandangan. Sungguh menakjubkan.

Pengembaraan kami bermula seawal jam 6.30 pagi (sunrise jam 7.30 pagi) kami menyelusuri jalan pantai daripada rumah rehat kami. Hanya 20 minit daripada apartmen kami, kami sampai di pantai 해변공원, iaitu pantai sebelum sampai Seongsan Ilchubong.

Kawasan pantai berbatu ini adalah tempat paling cantik untuk dapatkan view matahari terbit berlatar belakangkan Seongsan Ilchubong. Suasana pagi yang sangat sejuk disertai dengan angin yang laju, menyukarkan proses pengambilan gambar. Walaupun begitu, en Naim Solleh berjaya juga naikkan drone dia. Boleh tonton video footage hasil daripada drone dan action camera.

Ini adalah gambar daripada pantai tersebut, ramai fotografer kat sini, saling bertimbangrasalah dalam memberi peluang bergambar ya.

 

Seongsan Ilchulbong Peak [UNESCO World Heritage] (성산일출봉)

5 minit daripada kawasan pantai tadi, dah boleh sampai ke kawasan tumpuan Seongsan Ilchulbong ini. Banyak tempat parking disediakan disini. Oleh kerana ramai orang yang datang hendak mendaki dan melihat sunrise dari puncak Seongsan ni, maka seawal pagi tempat ini dah penuh. Kaunter jualan tiket buka dan anda perlu membeli tiket terlebih dahulu. Hanya 2000 won harga tiket untuk dewasa. Saya diberitahu perjalanan turun naik dalam 50 minit perjalanan. Jauh juga kan?

Jangan lepaskan peluang untukbergambar depan batu ni. Atas tu lah kawah besar di Seongsan Ilchulbong ni. Oleh sebab kami mengejar waktu, kami tak naik pun. Heee. Ambil gambar kawasan sekitar sahaja. Lagipun terlampau ramai orang masa tu.

Ini Peta trail yang kena naik kalau nak melihat kawah dan sampai puncak Seongsan. Kena tenaga dan stamina yang tinggi nak naik ni, jangan risau, sebab sejuk tak berapa nak berpeluh sangat.

Sebahagian kedai cenderamata, buah-buahan dan makanan di sini. Sempat lah beli oren Jeju untuk kudapan pagi.

Siapa kenal Mr Paik? Chef selebriti Korea tu. Rasa dapat bergambar depan kedai kopi dia pun jadi lah. 

Ini adalah pemandangan Pulau Udo (Pulau Lembu) yang berdekatan dengan Seongsan. Kalau bawa kereta boleh pusing sebelah jalan dan ambil gambar dari situ.

Ini gambar Seongsan Ilchulbong dari tepi. Kami jalan-jalan sekitar sahaja tak naik atas peak pun. Nak pergi Mt Halla pula. Nak ikut? Jemput baca dulu entry sebelum ini, mudah nak faham trip kami ni ye dak?

Travel Jeju

Makan di Jeju City

Bergambar di Sagyeari

Jalan-jalan di Yongmeori Coast

Nak Shaklee untuk kelancaran dan kesihatan masa travel? Hubungi saya untuk bantuan dan konsultasi. Jumpa lagi post di akan datang. Enjoy!

http://bit.ly/WasapHaniSini