Seogwipo Maeil Olle Market adalah kawasan pasar terbesar di Seogwipo. Ia adalah pasar tradisi yang sudah dibuka semenjak awal tahun 1960 lagi. Trip ke Jeju pasti tidak lengkap sekiranya tidak berkunjung ke salah sebuah pasar- market tradisi mereka yang menjual pelbagai barangan basah dan segar.

Kami parking kereta dalam satu kawasan parkir bertingkat bersebelahan pasa ini. Menarik sekali, sistem parkir mereka hanya scan nombor plet kereta dan tak perlu ambil apa-apa tiket. Masa keluar baru bayar parking tadi. Canggih betul!

Jom kita masuk dan lihat apa yang ada di market Maeil Olle ni. Kawasan market tersusun dan bersih, ada kiri dan kanan kedai jualan pelbagai makanan laut. Kawasan dibahagikan mengikut jenis barangan.

 

 

 

Kami meninggalkan pasar ini dengan membeli buah oren yang menjadi kebanggaan penduduk Jeju. Sangat manis. Mesti cuba tau. Kalau nak pergi sini masukkan nombor ini pada GPS 762-1949. Semoga selamat sampai ke sini.

Untuk artikel Jeju lain, jemput masuk dan baca entry ini

Travel Jeju

Makan di Jeju City

Bergambar di Sagyeari

Jalan-jalan di Yongmeori Coast

Melawat Seongsan Ilchulbong Untuk Sunrise

Nak Shaklee untuk kelancaran dan kesihatan masa travel? Hubungi saya untuk bantuan dan konsultasi. Jumpa lagi post di akan datang. Enjoy!

http://bit.ly/WasapHaniSini