sambungan lagi…..

UJIAN 3 – RINGKUK TUBI SEPARA
1 minit

TUJUAN : MENGUKUR DAYA TAHAN DAN KEKUATAN OTOT ABDOMEN

PROSEDUR

– Ujian ini dijalankan dengan murid memakai
kasut yang sesuai
– Murid A berbaring dgn lutut bengkok 90
darjah dan tumit dan kaki sentiasa
menyentuh lantai
– Buka kaki seluas bahu
– Kedua-dua belah tangan lurus di sisi dan
hujung jari menyentuh bahagian luar pelekat
pertama
– Pada setiap lakuan ringkuk, bahu perlu
diangkat supaya jari tengah kedua-dua
tangan menyentuh bahagian luar pelekat
kedua
-Bahagian bawah belakang badan hendaklah
rata dan jari tengah pada kedudukan asal
(ulang prosedur 4) sebelum melakukan
ulangan yang seterusnya
– Murid melakukan pergerakan mengikut
rentak rakaman atau metronome dengan
kadar 50 detik/minit selama 1 minit
– Murid B mengira ulangan perlakuan

Ujian akan ditamatkan sekiranya murid

– Berasa tidak selesa
– Jari tidak menyentuh bahagian luar garisan penanda kedua
– Tumit terangkat

UJIAN 4 – JANGKAUAN MELUNJUR

TUJUAN : MENGUKUR FLEKSIBILITI

PROSEDUR

– Murid duduk melunjur tanpa kasut.
– Tumit kaki di letak di belakang penanda 23
sentimeter.
– Kedua-dua kaki lurus sepanjang masa ujian.
Rakan memegang lutut.
– Tapak tangan kanana ditindih di atas belakang
tapak tangan kiri dalam keadaan hujung jari
tengah hendaklah sama.
– Dagu rapat ke dada. Jangkaukan tangan
perlahan-lahan sejauh yang mungkin atas pita
pengukur.
– Jangkauan hendaklah dikekalkan selama 3 saat
tanpa menyentap.
– Murid diberi tiga percubaan berturut-turut.
– Percubahan terbaik diambil kira sebagai skor.
Bacaan dikira pada sentimeter yang terhampir.
– Tidak perlu merekod dalam titik perpuluhan.
– Murid yang membantu memegang lutut pelaku
tidak menganggu pelaku.