Harini nak share sikit cerita pengalaman saya perasan Ala awek Korea jalan-jalan pakai hanbok. Korang mesti dah tahu, hanbok ini adalah pakaian tradisional orang Korea, biasanya dipakai masa hari perayaan atau ada acara yang istimewa dalam hidup diorang. Kenapa akak turut nak pakai hanbok ni?
Trip honeymoon ni, en suami yang beriya suruh akak cuba pengalaman pakai baju tradisional Korea. Ko ingat akak tak malu ke nak jalan-jalan serata kampung pakai baju gini? Mujur kat luar negara, takde yang kenal. Kalau kat Malaysia nak pakai baju songket pun masa kahwin dulu je kot. Heee
 
Akak dapat kupon penjimatan sewa di kedai #Hanboknam melalui kupon DKWY dari Korea Travel Organization. Murah lah sikit berbanding walk in, dan kedai ni juga banyak sangat pilihan hanbok nya. Boleh rujuk gambar ke 3 dan 4.
 
Selepas kita dapat penerangan pasal hanbok ni, akak naik tingkat 2 dan mula pilih baju. Bnayak sangat baju, sampai entah taktau nak pilih apa. Pilih skirt dulu, kemudian match dengan baju atas tu. Eksesori dapat pilih bunga dan tas tangan. Ambik je lah mana yang rasa nak bergaya dengan apa. Untuk yang free hair, diorang ada khidmat dandan rambut. Yang bertudung ni, pandai-pandailah sendiri pakai tudung kasi molek.
 
Kemudian kita masuk dalam bilik persalianan dan diberi inner skirt (yang buat skirt kembang tu!) dan pakai di bahagian dalam. Sebab masih terkial-kial nak pakai baju dan skirt tu, akak pun keluar dan minta bantuan staff situ. Jangan risau diorang membantu nak ikat mana-mana bahagian baju tu. Kalau nak suruh En NS, dia dok tercongok je blur,lagi la tak faham pasal skirt kan? Heee
 
Oleh sebab sejuk, akak ambil satu lagi eksesori yang kain putih tu untuk diletakkan atas bahu. Kain ni taktau benda apa, dia macam selendang untuk letak di bahu gitu, jenis kain berbulu dan fluffy. Oklah kot tahan sejuk kot.
Bila dah siap semua, turun tingkat bawah dan buat pembayaran. Staf akan cek apa yang kita pakai dan ambil, macam bunga tu dan juga selendang tu. Ia untuk pastikan kita pulangkan semula seperti asal. Kita akan dipakaikan gelang kertas yang bertulis waktu kita mula sewa dan waktu pulang baju sewa ni. Senang tak terbabas masa berposing kan? Heee
Dah setel semua, mulalah keluar dari kedai dan nak cari port ambil gambar. Kami buka peta dan cari Bukchon Village tu. Sebenarnya, Bukchon village tu satu kawasan semua tu la, ada beberapa istana lama dan rumah cantik yang sesuai nak bergambar. Kawasan sini berbukit, tak sempat nak sejuk sangat,sebab berpeluh naik turun bukit. Heee
 
Boleh saja berjalan jauh sampai Istana, tapi kami memutuskan nak jalan sekitar kampung lama ni sahaja. Kawasan sini, memang ramailah pelancong, tak kurang juga orang Korea yang pakai juga Hanbok ini. Maka, takde lah rasa malu sangat jalan-jalan pakai Hanbok ni, cuma masa akak pergi tu, tak jumpa orang Melayu yang pakai tudung macam akak.
Masa ni, akak tak bawa langsung beg bedak atau lipstick, maka muka memang tak pakai apa-apa tau. Agak pucat sikit tu, hentam je lah sebab tak terpikir nak bergincu kat sini. Jadi, kalau korang terasa nak pakai hanbok gak, jangan lupa bawalah sikit alat mekap ye. Taklah pucat macam akak tu dalam gambar.heee. Apapun akak masih konfiden bergambar dengan bare face.
 
Itulah serba sedikit pengalaman akak nak merasa fefeling Korea. Ia adalah pengalaman baru bagi akak, bila travel duo ni adalah can nak buat keje gini kan? Kalau berangkut anak-anak payah sikit. Heeee
 
Kalau ada yang nak share pengalaman korang, boleh lah share juga ya, post ini akan masuk dalam entry blog akak dalam pengalaman akak di Korea. Ada yang dah beli tiket free seat AA yang bermula malam tadi? Kalau nak pergi Korea Selatan ni, jangan lupa cuba pengalaman berhanbok ye?Ini adalahs edikit gambar akak berposing semasa memakai hanbok. Elok dak? heee
 
#hanbok
#pengalamanpakaihanbok
Trip ini adalah trip Jeju, boleh baca pengalaman kami sepanjang di Jeju dalam entry lain, boleh klik Pengalaman ke Jeju.