Gunung Hallasan (Mt Halla/ Hallasan)  merupakan gunung tertinggi di Korea Selatan 1950M dan ia terletak di tengah Pulau Jeju. Diselenggara dengan baik oleh Hallasan National Park (Unesco World Haritage) dan terdapat 5 laluan di sini iaitu Gwaneumsa trail, Eorimok trail, Seongpanak trail, Yeongsil trail dan Donnaeko trail.,

Perjalanan kami menjejak kaki Hallasan ini dari Seongsan Ilchulbong ialah dengan menuju ke Seongpanak Trail. Laluan Seongpanak ini adalah salah satu laluan kegemaran pendaki ke puncak Mt Halla. Kami tak berniat naik ke puncak, cuma hendak bergambar dan melalui forest trail sahaja.

Gambar di atas adalah jalan semasa ke Mt Halla. Kawasan Jeju ni memang ada banyak kincir angin yang besar-besar. Kami berhenti tepi jalan dan sempat juga fly drone di kawasan ini.

Sampai sini dah jam 12 tengahari. Ada pendaki dah start turun pendakian. Kami baru sampai dan jalan-jalan kawasan sekitar sahaja.

Bagi hendak mendaki melalui laluan Seongpanak Trail masa wnter perlu memakai kasut atau spike pada kasut yang bersesuaian. Bawa bekalan yang secukupnya.

Jadilah bagi saya yang mengalami masalah slipped disc ni naik kawasan ini dengan keadaan berhati-hati. Jalan yang sangat licin dan agak curam menyukarkan bila nak turun. Jangan ganggu dan sekat jalan pendaki lain. Jangan buat bising dan baling-baling salji. Ada pelancong yang buat buat perangai kat sini, tolonglah jaga nama baik negara tau.

Untuk artikel Jeju lain, jemput masuk dan baca entry ini

Travel Jeju

Makan di Jeju City

Bergambar di Sagyeari

Jalan-jalan di Yongmeori Coast

Melawat Seongsan Ilchulbong Untuk Sunrise

Nak Shaklee untuk kelancaran dan kesihatan masa travel? Hubungi saya untuk bantuan dan konsultasi. Jumpa lagi post di akan datang. Enjoy!

http://bit.ly/WasapHaniSini