Kesukaran untuk
hamil tidak semestinya disebabkan oleh wanita sahaja tetapi juga lelaki. Hampir
30 hingga 40 peratus infertiliti atau kemandulan disebabkan oleh faktor lelaki.
Walaupun lelaki dapat terus menjadi ‘produktif’ pada usia yang lebih lanjut tetapi
ianya tidak bermakna mereka lebih subur. Ramai lelaki mengalami masalah
disfungsi seksual seperti ejakulasi pramatang, kegagalan ereksi dan sebagainya.
Terdapat juga
lelaki yang mempunyai kualiti dan kuantiti sperma yang rendah akibat faktor
genetik, merokok, meminum minuman keras dan mengamalkan gaya hidup yang tidak
sihat. Jangkitan pada kelenjar testis dan saluran yang membawa sperma juga
boleh menyebabkan infertiliti. Seperti juga wanita, lelaki juga boleh mengalami
infertiliti jika menerima ubat-ubat kemoterapi ataupun radioterapi. Jika kualiti sperma terjejas, adakah akan mandul dan mati pucuk?

Bagaimana Merokok Merosakkan Sperma?

Amalan merokok
boleh menjadi sebab utama sperma bermasalah. Merokok membuatkan anda menghidu
bahan toksik yang merosakkan sistem reproduksi dan kesuburan tanpa anda sedari.
Merokok mengancam kesuburan lelaki secara meluas dan menyebabkan kualiti dan
kuantiti sperma merosot
Mengikut kajian pakar infertiliti, merokok merosakkan
sperma secara terus apabila air mani tercemar dengan bahan toksik yang
menyebabkan kerosakan kepada protein dan nutrien dalam air mani. Proses
kerosakan sperma meningkat ketara apabila amalan merokok berpanjangan.
Lagi lama anda
merokok, lagi bermasalah kualiti sperma anda. Merokok mengurangkan bilangan atau
kuantiti sperma
. Ini kerana bahan kimia mencegah penyerapan vitamin dan mineral dalam air mani seperti kekurangan vitamin B12, vitamin E dan zat galian. 
Merendahkan tahap hormon kesuburan 
Hormon ini diperlukan untuk pembiakan sperma dalam
kilang. Kadar peratusan bilangan sperma boleh merosot daripada beratus-ratus
juta kepada satu angka dalam keadaan serius. Saya harap agar maklumat ini dapat
membuka minda dan mendorong anda untuk berhenti merokok.
Mengganggu pergerakan sperma. 
Pergerakan sperma ialah keupayaan bergerak secara
ke depan memasuki pangkal rahim (serviks) dan salur Fallopio untuk berjumpa
dengan ovum (telur) bagi proses persenyawaan. Sperma perlu bergerak laju dan
sehala supaya dapat bergerak dalam kelajuan baik supaya mudah sampai ke
destinasi. Ini terhalang akibat merokok. Bilangan sperma yang sampai tidak
cukup untuk berinteraksi dengan ovum (telur) bagi memudahkan penetrasi satu
sperma ke dalam telur semasa proses persenyawaan.
Penghasilan sperma berbentuk tidak normal
Akibat tindak balas bahan
radikal bebas daripada bahan kimia rokok. Sperma yang tidak berbentuk normal
tidak dapat bergerak dan mensenyawakan ovum.
Dengan fakta dan
gambaran demikian, masihkah ada keinginan untuk merokok? Maka, mulai saat ini
berhentilah merokok kerana perokok aktif sangat terdedah terkena penyakit yang
membahayakan tubuh. Bagi yang
sudah menjadi perokok aktif sejak lama sebaiknya secara beransur dikurangkan
dan bahkan berhenti kalau anda menyayangi tubuh dan kesihatan anda.
Bukan hanya
masalah pada alat vital seperti mati pucuk atau kemandulan saja yang
diakibatkan oleh merokok, namun banyak juga penyakit kronik yang lain seperti
jantung, kanser, dan lain-lain. Merokok juga akan mendekatkan anda kepada
kematian sebelum waktunya. Dah bersedia nak tinggalkan isteri sebagai janda dan anak-anak menjadi yatim?

Bagaimana Nak Tahu Subur atau Mandul?

Anda perlu menjalani ujian air mani untuk mendapati kuantiti sperma dan kualiti sperma samaada merosot atau tidak.Kemungkinan juga peratusan sperma anda tidak berbentuk normal.Doktor akan memeriksa buah zakar anda untuk meneliti jika isi padu kedua-duanya normal dan pembuluh darah zakar normal tanpa perubahan berpintal atau varikosel. Anda mungkin tahu kedudukan buah zakar dalam kerandut dan di luar badan.
Jika anda memakai seluar dalam ketat atau tebal, suhu dalam kerandut zakar menjadi tinggi dan ini menjejaskan proses pembiakan sperma dalam kilang sperma. Sama juga jika berat badan tinggi dan anda banyak melakukan kerja dalam keadaan duduk kerana itu membuatkan buah zakar terperap dalam ‘lemak’ seolah-olah macam dalam ‘ketuhar’ yang secara langsung meningkatkan suhu kerandut buah zakar dan menjejaskan proses spermatogenesis (proses pengilangan sperma).

Senang ke cara nak berhenti merokok? 

Ya, ada pelbagai cara hendak berhenti merokok antaranya adalah dengan mengubah gaya hidup agar lebih cintakan kesihatan dan ubah cara pemakanan. Ambil supplemen dan vitamin yang terbukti dapat membuat anda berhenti merokok sepenuhnya apabila rasa rokok menjadi pahit seperti hempedu, boleh baca testimoni berhenti merokok dengan mudah. Jom boleh cuba VIVIX sebagai alternatif terbaik.
Oleh itu, cubalah berhenti merokok demi isteri yang tercinta dan juga demi zuriat yang
diimpikan. Kurangkan juga stres dan ambil masa untuk berehat dan bercuti
bersama isteri. Gunakan juga masa yang ada untuk sama-sama bersenam dengan
isteri. Cuba amalkan nasihat-nasihat ini kerana terbukti dapat meningkatkan
kualiti dan kuantiti sperma. Jomla ubah pemakanan dan cubalah VIVIX. Selepas itu elok berjumpa dengan doktor untuk
mendapatkan pemeriksaan, nasihat dan rawatan yang lebih lanjut.