Aturcara perjalanan kami yang pertama ialah melawat Zoo Songkla. Jarak songkla dari sempadan Bukit Kayu Hitam dalam 2 jam setengah. Kami sampai sini berpandukan google maps sahaja, alhamdulillah tanpa sesat. Jalan kawasan sini semuanya terus aja, insyaAllah tak sesat pun. Apa yang paling mengujakan kami ialah zoo Songkla ini kia boleh bawa kereta kita masuk dalam. Tak perlu parking luar dan berjalan kaki. Mudah sangat kan? Luas tau kawasan Songkla Zoo ni. Gambar adalah pintu masuk, beli tiket terus kat situ, ada petugas menunggu, kita cuma beli tiket dari dalam kereta.

 

Ini tiket yang dibeli daripada dalam kereta sahaja. 150 bath untuk dewasa, 70 bath untuk kanak-kanak. 50 bath untuk kereta. Bagi saya murah dan berbaloi sebab tiket masuk adalah sekali dengan water park! wah..syok kan? Kat sini juga mereka berikan map kawasan zoo. Besar juga kalau nak jalan kaki sahaja. Kalau naik bas, ada tram disediakan untuk jalan-jalan dalam zoo. Kami datang ni tak ramai orang langsung! Haiwan pun masih tidur kot.

Apa yang Best di Zoo Songkla?

Boleh bawa kereta sendiri, tak perlu jalan kaki jauh dan boleh datang dekat dengan haiwan. Kami ikut saja jalan yang disediakan, terus jumpa dnegan kawasan Rusa ni. Ya, rusa ni dibiarkan bebas dalam kawasan tu. Ada petugas kat situ yang menyuruh kami membeli makanan untuk rusa. Kami ambil sebakul makanan berharga 50 bath. Ada pisang dan serumpun daun. Senang je nak panggil rusa ni datang dekat bila kita dah pegang rumpuanan daun tu. best tau.. Diorang jinak cuma jangan takuttakn atau jerkah rusa ni. usap je baik-baik.

Pengalaman Beri Makan Haiwan Liar

Menariknya di Songkla Zoo ni, setiap stesen haiwan ada petugas yang menjaga. Boleh memberi makan haiwan ini dengan diet yang disediakan. Kena belilah makanannya. Petugas tu juga akan ajar kita cara nak memberi makan. Macam gajah ni, mereka menggunakan galah panjang supaya makann dapat sampai ke gajah ni.

Boleh mengelilingi zoo dan melihat haiwan hanya dari dalam kereta.

Ini yang bestnya, tak perlu pecah peluh nak mendaki banyak bukit dalam zoo ni semata-mata nak pergi ke kawasan haiwan yang lain. Pandu sahaja kereta sendiri dan boleh melihat haiwan dari dalam kereta pun boleh. Tapi kalau nak tengok buaya dan ular tu kenalah turun tau. Buaya dalam kolam tu pemalu susah nak tengok dia. Heee. Lagipun laluan sangat luas dan banyak kawasan parking di hadapan satu-satu tempat tu. Kami parking betul-betul depan kawasan yang kami nak lawat dan boleh jalan-jalan dalam tu tanpa rasa risau.

Waterpark dalam Zoo Songkla

Jangan tak tahu, dalam zoo ini ada disediakan tempat mandi (water park), sesuai untuk anak-anak bermandi manda kat sini. Oleh sebab kami tidak bersedia (tiada pakaian sesuai), kami tidak masuk dalam waterpark ni. Rugi juga kat situ, tapi takpala ada lain kali insyaAllah. Yang belum pergi tu, jangan lupa bawa pakaian mandi tau, boleh juga menghilangkan peluh dan berseronok kat waterpark ni. Bayaran masuk waterpark dan sekali dnegan bayaran masuk zoo tadi. Jangan risau.

 

Secara keseluruhan, jalan-jalan di Zoo Songkla ni beri pengalaman lain daripada Zoo di Malaysia. Boleh sangat tu masukkan dalam jadual perjalanan jika hendak melawat Hatyai dan Songkla. Jarak dari Hatyai dalam kira-kira sejam perjalanan kereta. Bayaran masuk pun murah berbanding zoo lain. Apa tunggu lagi, jom jalan-jalan Hatyai dan Songkla.

Boleh rujuk cara saya buat border pass kat sini Cara Buat Border Pass

Boleh rujuk pengalaman pertama kami masuk sempadan Siam di sini Trip Hatyai dan Songkla

Nak SHaklee? Boleh terus whatsapp saya di http://bit.ly/WasapHaniSini