Jeongbang Falls (정방폭포)

Air terjun Jeongbang juga adalah salah satu scenic point (tempat pemandangan cantik) yang menjadi tempat wajib lawat jika anda ke Pulau Jeju. Jeongbang Falls ialah salah satu Top Three air terjun yang terdapat di Jeju. Banyak air terjun lain, akan tetapi Air Terjun Jeonbang ini anda mesti lawat kerana ia adalah air terjun yang jatuh terus masuk ke laut. Menarik kan?

 

Bayaran Masuk Jeongbang Falls

Harga bayaran masuk ialah 2000won bagi dewasa dan 1600 won bagi kanak-kanak. Tiada bayaran parking kereta dikenakan. Kita perlu beratur beli tiket dan menuruni banyak anak tangga untuk sampai ke kawasan air terjun Jeongbang Falls ini. Hati-hati semasa menuruni anak tangga. Licin dan curam.

 

Oleh sebab kawasan berbatu dan juga percikan air terjun, amat sukar hendak buat time lapse kat sini. Keadaan pelancong yang ramai juga menyukarkan untuk dapatkan shot gambar dari sisi menarik.

Jeongbang Falls juga tempat yang sangat menenangkan, kita boleh dengar deruan air terjun dan melihat air laut yang luas. Bayangkan kanan kita ada air terjun dan bahagian kiri ada hamaran laut yang luas. Ada juga kelihatan itik sedang membersihkan diri masa kami ada kat sini. Mendamaikan sungguh.

Jangan lupa letakkan Jeonbang Falls salah satu tempat wajib pergi jika ke Jeju. Boleh letak GPS koordinat no phone sini 733-1530 pada peranti GPS anda. Habiskan masa dalam sejam atau dua sahaja di sini. Banyak tempat menarik menunggu lagi.

Untuk artikel Jeju lain, jemput masuk dan baca entry ini ya!

Travel Jeju

Makan di Jeju City

Bergambar di Sagyeari

Jalan-jalan di Yongmeori Coast

Melawat Seongsan Ilchulbong Untuk Sunrise

Mt Halla Untuk Gambar Salji

Nak Shaklee untuk kelancaran dan kesihatan masa travel? Hubungi saya untuk bantuan dan konsultasi. Jumpa lagi post di akan datang. Enjoy!

http://bit.ly/WasapHaniSini