Hari kami menikmati udara pantai Jeju berakhir apabila matahari tenggelam. Suasana sejuk dan berangin malam dah mula membuatkan perut berbunyi berkeroncong. Sahabat suami dah mula mengajak kami makan malam di pekan Jeju. Kami teruskan google dan dapat maklumat kedai halal di Jeju. Suasana malam di Jeju Town sungguh warna warni. Kereta masih lagi banyak pada jam 9 malam.

Makanan Halal di Jeju

Kami memutuskan hendak makan malam yang ditaja oleh sahabat suami ni di Rajmahal, kedai makan Indian Cuisine yang menyediakan makanan halal yang sedap! Recommended. Terima kasih Tuan Faiz, nanti boleh belanja lagi ya? Hee

Kami cuma ambil set nasi beriyani dan set salad untuk dua orang makan. Ternyata sangat banyak untuk kami bertiga makan- siap tapau balik lagi. Beriyani dan ayam tandoori sangat sedap. Salad pun sedap sekali. Kami makan dengan gembiranya setelah seharian penat menjamu mata dengan pemandangan. Korang boleh letakkan sahaja Rajmahal dalam gps kereta dan pasti akan sampai ke kedai ni. Ohya, kami parking kereta bukan berhadapan dengan kedai makan ini kerana depan kedai ini tidak boleh parking. Kena pusing sebelah belakang punya jalan. Tengok banyak kereta parking tu, bolehlah park kereta kat situ. Jangan lupa kunci dan ingat kat mana anda tinggalkan kereta tau. Heee

Apartmen Sewa Airbnb di Seogwipo.

Perut pun dah kenyang, badan dah mula penat dan ingin berehat. Kami teruskan memandu menuju ke apartmen yang kami sewa melalui airbnb. Kami menginap secara percuma tau di airbnb ni, ada cara nak buat nanti saya akan kupaskan kemudian. Perjalanan daripada Jeju City ke Seogwipo dalam satu jam perjalanan. Kami maklumkan awal pada pihak apartmen untuk checkin lambat dan mereka tunggu kami.

Cara kami setkan gps untuk sampai ke apartmen ini ialah dengan meletakkan nombor telefon. Kita pilih menu untuk letakkan nombor telefon pada gps, mesti tepat ke destinasi punya. Bilik yang kami tempah ada bilik air, balkoni dan dapur dalam setiap bilik. Apartmen ni baru maka sangat cantik dan selesa. Harga pun murah bagi satu malam iaitu kira-kira RM150 untuk satu malam. Sangat berbaloi bagi kami yang mementingkan keselesaan. Heee

Bagi yang belum register airbnb boleh klik link ini untuk daftar dengan airbnb dan dapatkan diskaun terus daripada airbnb.Daftar untuk jimat dengan Airbnb. ini adalah link apartmen di Andeokmyeon yang kami sewa ini https://www.airbnb.com/rooms/16548991

Boleh baca entri sebelum ini tentang berbaloi atau tidak bercuti di Jeju di sini. Travel Jeju.