Gigi anak

Penjagaan mulut
yang baik bermula sebelum gigi pertama bayi.

Bayi dilahirkan
dengan semua gigi mereka. Anda tidak dapat melihatnya kerana ia
terselindung di dalam gusi. Perasaan seronok dan takut bercampur baur ketika anak kecil kita mula menunjukkan ciri nak tumbuh gigi.
Gigi bayi mula
menembus gusi sekitar 6 bulan. Tetapi memulakan penjagaan mulut yang baik
sebelum gigi pertama muncul adalah penting. Gigi yang sihat adalah hasil
dari gusi yang sihat.
Kanak-kanak
mempunyai semua gigi bayi mereka pada usia 3 tahun. Ini digelar gigi susu. Gigi
bayi mula gugur sekitar usia 6 tahun, apabila gigi kekal, atau dewasa, mula
tumbuh. Jurang di antara gigi bayi adalah normal. Ia memberi ruang untuk gigi
kekal. Kebanyakan gigi kekal sudah tumbuh pada usia 13 tahun.
  

Atasi masalah ketika Tumbuh gigi

1.Cuba memberinya sesuatu yang keras untuk di kunyah, seperti kepingan keju atau lobak  merah atau gegelang gigi pertama yang sejuk. Jangan tinggalkan anak anda seorang diri ketika dia sedang mengunyah bedan keras, dikhuatiri jika ia tercekik.

2.Jika gusi bayi merah dan bengkak, urut lembut dengan jari anda atau ketulan kecil ais (tapi awas, bayi boleh mendapat frost bite). Cuba gunakan sedikit gel theeting bebas gula.

3.Jika si manja kelihatan sakit ketika tumbuh gigi, cecair paracetamol boleh membantu. Berikan mengikut nasihat doktor. Jangan berikan aspirin untuk kanak-kanak di bawah usia 12 tahun.

4.Dakap dan tenangkannya. Dukung dan bawanya berjalan-jalan atau bersiar-siar dengan kereta.

5. Sekali sekala bawa dia mengunjungi doktor gigi. Doktor gigi akan memberikan nasihat yang betul bagaimana untuk menjaga gigi pertama.

Kereputan Gigi kerana Botol Susu merupakan suatu masalah yang serius.

Kereputan Gigi kerana Botol Susu boleh terjadi jika bayi meminum susu, susu formula, atau jus daripada botol susu untuk tempoh masa yang lama.
Untuk mengelaknya:
• Alihkan botol susu selepas bayi anda habis minum.
• Jangan tidurkan bayi anda dengan botol susu.


Petua ringkas
untuk penjagaan mulut yang lebih baik bagi kanak-kanak

  1. Mula amalkan
    penjagaan mulut yang baik walau sebelum gigi yang pertama muncul. Gigi
    yang sihat adalah hasil dari gusi yang sihat.
  2. Ibu bapa harus
    mengatur temujanji rawatan pergigian yang pertama bagi anak mereka sebelum
    hari lahir yang pertama dan setiap 6 bulan selepas usia 3 tahun.
  3. Adalah penting
    bahawa kanak-kanak memberus dua kali sehari menggunakan ubat gigi berfluorida dan
    mula memflos sebaik sahaja dua batang gigi bersentuhan.
  4. Kanak-kanak
    harus mengehadkan makanan dan minuman yang bergula dan melekit untuk
    melindungi daripada kereputan gigi.

Jagalah gigi anak anda! Saat anak tumbuh gigi hanyalah sekali dalam hidup kita.. Nikmatinya dan lakukan tanggungjawab kita sebagai ibu bapa!
(anis dan giginya yang cantik)

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Jika ingin membuat tempahan dan pertanyaan, sila sms atau call
Cikgu Hani 016 208 9081 email= hanijalani@gmail.com
Whatsapp je pon boleh = 019 271 0642