Saya akan kongsikan kat sini pengalaman saya menguruskan permohonan buat pas sempadan (Border Pass) dalam masa satu jam sahaja! Mudah dan cepat bukan? Senang pula tu. Apa yang penting semua dokumen kena lengkap sebelum nak mohon pass sempadan ini. Border pass ini kita gunakan untuk memasuki negara Thailand, dan hanya sah laku di kawasan sempadan Thailand sahaja, iaitu area Songkla dan Hatyai.

Dokumen yang perlu bawa

  1. Sediakan 2 keping gambar berlatar belakang warna putih. Close up muka tau. Boleh saja ambil di kawasan UTC kata nak gambar untuk border pass. 4 keping rm12. Kami print sendiri sahaja.
  2. Sediakan salinan kad pengenalan (ic) dan juga salinan surat beranak (untuk bawah 12 tahun) 1 keping setiap pemohon.
  3. Jika memohon untuk isteri yang bukan lahir di Kedah, kena sediakan salinan sijil nikah.

Cara Memohon Border Pass

  1. Pegi ke Jabatan Imigresen berdekatan anda, jangan silap jabatan pula. Saya selesa berurusan di Imigresen UTC Alor Setar sahaja. Malam buka jam 8 malam sehingga jam 10 malam. 
  2. Beratur dan serahkan gambar dan salinan ic dan maklumkan kita hendak buat border pass. Pegawai akan beri borang.
  3. Isi borang dengan cermat dan teliti. Pastikan nama dan nombor kad pengenalan betul di tulis. Pastikan alamat berada di negeri Kedah. Heeee. Jika tidak tidak layak nak memohon border pass ini.
  4. Ambil nombor dan tunggu giliran.
  5. Bayar rm10 sahaja bagi setiap permohonan. Anak saya yang sudah lebih 12 tahun dikenakan permohonan lain, manakala 2 anak lagi adalah diletakkan bawah nama suami. 1 permohonan rm10. Murah kan?
  6. Tunggu satu jam untuk pemprosesan dan dah siap. Boleh jalan-jalan Hatyai dah! yeay

 

 

Boleh baca itinerary trip jalan-jalan Hatyai dan Songkla saya pula kat sini nanti.

HaniJalani

Nak shaklee? Boleh wasap saya sini  http://bit.ly/WasapHaniSini