Tiba-tiba je rasa
panas je..

Basah je baju..
Owh.. susu keluar
ni.. hurm..mesti anak kat rumah teringat kat kita. Hurm..sedih.. tengah sibuk
ni buat kerja.. tak sempat nak pam lagi..
Biasa tak kita
rasa tetiba je susu tu keluar?
Biasa tak kalo
kita menyusu tiba-tiba susu memancut, anak minum sampai tersedak-sedak?
Masa pam susu
sampai susu memancut-mancut banyak cepat je botol penuh?
Ha.. tu lah yang
kita katakan Let Down Reflex/ LDR.
Rasa macam kena
letrik kat breast.. rasa berdenyut-denyut.. Masa ni susu memang meriah.

  APA TU LET DOWN REFLEX / LDR?

Semasa kita
menyusukan bayi, atau memerah, selepas beberapa ransangan oleh bayi atau pam,
hormon oksitosin (hormon yang memancutkan susu) akan dibebaskan ke dalam darah
ke kelenjar susu. Hormon ini akan meransang semua otot di sekeliling payudara
untuk memancutkan susu secara tiba2. Ia dipanggil Let Down Reflex atau Milk
Ejection Reflex
. Ala-ala semburan susu gitu.
vitamin shaklee,shaklee kedah,shaklee alor star,shaklee murah,ldr. LET DOWN REFLEX,murah shaklee,free shaklee,harga murah,shaklee harga ahli,vivix,esp shaklee,diet shaklee,set menyusu,set hamil,set pantang,set diet,shaklee hamil,set kulit,colagen shaklee,kolagen murah,set antipenuaan,esp,mealshake,performance drink, gla,GLA COMPLEXS, khasiat GLA, keberkesanan GLA, testimoni GLA, set kesuburan
HA, NI YANG IN ENGLISH..
WHAT IS LET-DOWN-REFLEKS?
There are a few definitions that i found
would give us clearer & better understanding of what is actually LDR :-
1) Release of milk into the nipple area
of breast often felt as tingling sensation.
2) A conditioned reflex of ejecting milk
from the alveoli to the ducts to the sinuses of the breast and the nipple.

source:sini

Susu yang terhasil
semasa Let Down Reflex adalah lebih CAIR kerana minit2 pertama menyusukan anak,
susu yang terhasil adalah FOREMILK, yang mana susu ini lebih tinggi kandungan
air, rendah protein dan rendah lemak. Susu inilah AIR untuk menghilangkan
dahaga bayi. Itu sebabnya, sepanjang 6 bulan pertama umur anak, mereka tidak
perlukan AIR MASAK kerana dah ada air di dalam susu ibu itu di awal2
penyusuannya.
LDR ni boleh
terjadi ketika kita sedang menyusukan atau semasa mengepam atau juga semasa kita
TIDAK menyusu atau MENGEPAM. Kenapa ini terjadi? LDR selalu terjadi pada waktu
lebih kurang sama dengan masa yang badan kita rekod pada semalam/hari sebelum. Sekiranya
jam 10 pagi semalam kita menyusu baby dan dapat LDR, mungkin juga pada jam 10 pagi
harini juga tanpa kita mengepam(sebab kerja tak sempat lagi pam) masa tu juga
LDR berlaku tiba-tiba, kita akan rasa nyeri-nyeri, tingling sensation n rasa susu
tu keluar dengan sendirinya. Masa ni kalau boleh carilah pam dan pamla susu
anda.Heheh.. tapi yang penting sekali, pam la ikut jadual anda sendiri, jangan
nak tunggu LDR plak baru nak pam.
NAK TAU RAHSIA
DAPAT LDR BANYAK KALI? Buat tips ni..

CARA NAK GALAK DAPAT LDR – SEBELUM
MENYUSU :

1.     Mandi atau berendam di
air panas/suam
2.     Rileks-rileks, jangan
fikirkan benda yang stress
3.     Mendengar dan menikmati muzik kesayangan
4.     Melakukan skin to skin dengan
bayi, pegang bayi, peluk sebaiknya baby tak berbaju
5.     Minum segelas air
6.     Duduk dengan selesa atau menyusu sambil
berbaring
7.  Urut payudara dengan air hangat/suam atau
letak towel basah suam
8.    Melakukan massage ringan pada payudara dan
merangsang puting susu dengan gerakan memutar-mutar puting dengan lembut. Buat
jari seakan memunjut macam buat cucur pisang tu. Buat sekeliling aerola dan
tekan-tekan. Buat sampai dapat terasa LDR tu.

CARA DAPAT LDR SEMASA MENYUSU/
MENGEPAM :

1.  Bernafas dalam sebagai
teknik relaksasi, tarik nafas dalam dan lepas secara teratur
2.     Menyanyi atau bersenandung, elok lagi
kalau berzikir 🙂
3.   Menggunakan visualisasi. Membayangkan
 merasakan sensasi atau tanda-tanda LDR. Atau membayangkan SUSUIBU dapat
mengalir bagaikan air terjun.
4. Lihat muka bayi, kalau
mengepam tengok gambar baby anda. Letak depan pam.
5.    Masa mengepam,  dengar rakaman suara tangisan bayi
atau suara bayi saat menyusu
6.     Bawa selimut atau pakaian bayi yang habis
dipakai lalu cium dan pegang.
7.    Melakukan massage ringan pada payudara dan
merangsang puting susu dengan gerakan memutar-mutar puting dengan lembut. Buat
jari seakan memunjut macam buat cucur pisang tu. Buat sekeliling aerola dan
tekan-tekan. Buat sampai dapat terasa LDR tu.
8. Urut dan goncang breast kali kedua jika LDR kali pertama dah habis dan ulang balik langkah-langkah kat atas. selamat berjaya! 
DAH CUBA BAGI KOMEN YE..
 vitamin shaklee,shaklee kedah,shaklee alor star,shaklee murah,ldr. LET DOWN REFLEX,murah shaklee,free shaklee,harga murah,shaklee harga ahli,vivix,esp shaklee,diet shaklee,set menyusu,set hamil,set pantang,set diet,shaklee hamil,set kulit,colagen shaklee,kolagen murah,set antipenuaan,esp,mealshake,performance drink, gla,GLA COMPLEXS, khasiat GLA, keberkesanan GLA, testimoni GLA, set kesuburan
FREE KNSULTASI BERTERUSAN
FREE EBOOK PENYUSUAN
NAK?
KLIK SINI UNTUK BELI DAN HUBUNGI KAMI
NAK HARGA TERBAIK?
sila sms atau call
Cikgu Hani 019 271 0642
✔Email= hanijalani@gmail.com / vitamincikgu@gmail.com ✔Whatsapp/wechat/telegram  = 019
271 0642
✌PENGEDAR SHAKLEE TERBAIK ANDA,
✌COD SERATA KEDAH,
KULIM, ALOR STAR DAN JITRA ✌POSLAJU SERATA MALAYSIA, LUAR NEGARA PON BOLEH✌ iR Hani 858760 Segala testimoni
/penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat,
mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang
mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan